Thursday, June 24, 2010

SEJARAH BATU PENYU

Batu berbentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa.

Lagenda Batu penyu, benar ataupun hanya sekadar mitos, batu penyu mempunyai identitinya yang tersendiri sejarah yang terbina di batu penyu ini, menjurus kepada zaman kegemilangan Rantau Abang

Di sinilah dulu kehebatan telur penyu manjadi sebutan, riuh pikuk dengan kedatangan pelancong meyaksikan penyu bertelur. Batu penyu mempunyai sejarah yang tersendiri, merujuk kepada cerita orang dulu-dulu tentang kejadian batu  penyu, " datangnya 2 ekor penyu ke pantai terenggaanu (Rantau Abang), berkatalah si penyu betina kepada penyu jantan, " abang, dimanakah gerangannya pantai ini sungguh cantik sekali", jawab si penyu jantan " tidak aku tahu".

Tidak disedari oleh 2 ekor penyu tersebut, adanya seekor ikan buntal, berhampiran dengan  mereka berkatalah akan ikan tersebut " ini adalah pantai Rantau Abang, di daratan sana adanya sebuah taman yang cukup indah", mendengar akan kata-kata si ikan buntal itu, maka ke 2ekor penyu tersebut ingin pergi melihat taman tersebut.
Di dalam perjalanan tersebut, terjumpalah akan penyu tersebut dengan seekor ketam angin, berkata si ketam angin, " kemanakah kamu mahu pergi?", jawab si penyu " ke taman yang indah, di daratan", mendengar akan perkara itu, si ketam berkata, " jangan kau minum air di taman itu". 

 Mendengar akan kata-kata si ketam, si penyu betina mengajak si penyu jantan balik semula ke laut, tetapi si penyu jantan enggan, dan pergi juga ke taman tersebut. Sampainya si penyu jantan ke taman tersebut, dahagalah akan ia, maka tanpa berlengah terus meminum air ditaman itu, secara tiba-tiba mata si penyu jantan berpinar-pinar, dan badannya enjadi keras sehingga tidaklah bergerak akan ia.


Si penyu betina menunggu akan kepulangan si penyu jantan, ia berjalan-jalan mencari sipenyu jantan, sangkanya si penyu jantan telah kembali ke laut. si penyu betina menunggu akan si penyu jantan kembali, tetapi tetap tidak muncul jua. Sehingganlah sampainya si penyu betina ke bukit che hawa, menunggulah akan ia si penyu jantan sehingga menjadi batu.
Macam tidak ada benda lain hendak makan, telur penyu pun jadi hidangan! Sebelum ini penggemar telur penyu dikatakan mengambil tiga atau empat biji sekali makan, berbanding telur ayam hanya sebiji atau dua biji.

Isu ancaman terhadap penyu, tidak boleh dipandang mudah kerana terdapat kes penyu mati akibat tersangkut pada mata kail pancing yang digunakan oleh nelayan.

Perkara-perkara begini telah menjejaskan pendaratan penyu ke  Pantai Rantau Abang, dan secara tak lansung telah menjejaskan kemajuan ekonomi di kawasan tersebut.

Pelbagai program telah dijalankan bagi memastikan kesinambungan ekosistem ini terus terpelihara, tetapi apa yang penting adalah, kita sebagai manusia yang mendiami dunia ini haruslah bersama-sama menjaga ciptaan tuhan yang maha esa.